Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 12

Kisah Para Rasul 12:9-21

Help us?
Click on verse(s) to share them!
9Petrus mengikut malaikat itu keluar dari penjara tanpa mengetahui sama ada segalanya itu benar-benar terjadi atau hanya suatu penglihatan.
10Mereka melalui tempat pengawal berjaga yang pertama dan yang kedua. Akhirnya mereka sampai di pintu besi yang menghala ke kota lalu pintu itu terbuka dengan sendirinya dan mereka pun keluar. Ketika mereka berjalan di suatu lorong, malaikat itu pun tiba-tiba meninggalkan Petrus.
11Pada saat itu barulah Petrus sedar apa yang telah terjadi. Dia berkata, ‘Sekarang tahulah aku bahawa segalanya benar-benar berlaku. Tuhan telah mengutus malaikat-Nya untuk menyelamatkan aku daripada Raja Herodes dan segala yang hendak dilakukan oleh orang Yahudi kepadaku.’
12Setelah itu, Petrus pergi ke rumah Maryam, ibu kepada Yahya yang bergelar Markus. Di situ ramai orang berhimpun dan sedang berdoa.
13Apabila Petrus mengetuk pintu, seorang perempuan bernama Rode datang ke pintu.
14Dia mengenali suara Petrus. Akan tetapi dia begitu sukacita hinggakan terus masuk semula tanpa membukakan pintu. Dia memberitahu bahawa Petrus ada di luar.
15‘Kamu gila!’ seru mereka, namun Rode beria-ia mengatakan orang yang di luar itu Petrus. Mereka berkata, ‘Tentu itu rohnya!’
16Petrus mengetuk pintu lagi berulang-ulang. Akhirnya mereka membukakan pintu dan tercengang apabila melihat Petrus.
17Petrus memberikan isyarat meminta mereka bertenang lalu mengisahkan betapa Tuhan telah mengeluarkannya dari penjara. Selepas itu Petrus berkata, ‘Khabarkanlah hal ini kepada Yakobus dan saudara-saudara lain.’ Kemudian dia pun pergi ke tempat lain.
18Setelah hari siang, askar-askar yang berkawal itu gempar, tertanya-tanya apakah yang telah terjadi kepada Petrus.
19Raja Herodes menyuruh orang mencari Petrus tetapi tidak berjaya. Lantas Raja Herodes mengeluarkan perintah supaya askar-askar yang berkawal itu disoal siasat dan kemudiannya dihukum bunuh. Selepas itu Raja Herodes berpindah dari Yudea ke Kaisarea lalu tinggal di sana.
20Raja Herodes amat murka terhadap orang Tirus dan Sidon. Oleh yang demikian, mereka datang bersama-sama untuk menghadap Raja Herodes. Pertama sekali mereka mendapatkan sokongan Blastus, ketua istana Raja Herodes. Selepas itu mereka menghadap Raja Herodes dan meminta berdamai, kerana bekalan makanan negeri mereka bergantung kepada negeri Raja Herodes.
21Pada hari yang telah ditetapkan, Raja Herodes mengenakan pakaian kebesaran diraja, duduk di atas singgahsana lalu berkata kepada rakyat.

Read Kisah Para Rasul 12Kisah Para Rasul 12
Compare Kisah Para Rasul 12:9-21Kisah Para Rasul 12:9-21