Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 12

Kisah Para Rasul 12:5-12

Help us?
Click on verse(s) to share them!
5Sementara itu Petrus dikawal rapi di dalam penjara; tetapi jemaah berdoa dengan sungguh-sungguh kepada Allah untuknya.
6Pada malam sebelum hari perbicaraan yang ditetapkan oleh Herodes itu, Petrus tidur antara dua orang askar, terikat dengan dua rantai; di samping itu para pengawal berjaga di hadapan pintu penjara itu.
7Tiba-tiba malaikat Tuhan terdiri di situ dan cahaya menyinari bilik itu. Malaikat itu menepuk Petrus dan membangunkannya lalu berkata, ‘Cepat bangun.’ Dalam sekelip mata gugurlah rantai dari tangan Petrus.
8Malaikat itu berkata lagi, ‘Ikatlah tali pinggang dan pakailah kasutmu.’ Setelah Petrus berbuat demikian, malaikat itu berkata lagi, ‘Pakailah jubahmu dan ikutlah aku.’
9Petrus mengikut malaikat itu keluar dari penjara tanpa mengetahui sama ada segalanya itu benar-benar terjadi atau hanya suatu penglihatan.
10Mereka melalui tempat pengawal berjaga yang pertama dan yang kedua. Akhirnya mereka sampai di pintu besi yang menghala ke kota lalu pintu itu terbuka dengan sendirinya dan mereka pun keluar. Ketika mereka berjalan di suatu lorong, malaikat itu pun tiba-tiba meninggalkan Petrus.
11Pada saat itu barulah Petrus sedar apa yang telah terjadi. Dia berkata, ‘Sekarang tahulah aku bahawa segalanya benar-benar berlaku. Tuhan telah mengutus malaikat-Nya untuk menyelamatkan aku daripada Raja Herodes dan segala yang hendak dilakukan oleh orang Yahudi kepadaku.’
12Setelah itu, Petrus pergi ke rumah Maryam, ibu kepada Yahya yang bergelar Markus. Di situ ramai orang berhimpun dan sedang berdoa.

Read Kisah Para Rasul 12Kisah Para Rasul 12
Compare Kisah Para Rasul 12:5-12Kisah Para Rasul 12:5-12