Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 12

Kisah Para Rasul 12:10-17

Help us?
Click on verse(s) to share them!
10Mereka melalui tempat pengawal berjaga yang pertama dan yang kedua. Akhirnya mereka sampai di pintu besi yang menghala ke kota lalu pintu itu terbuka dengan sendirinya dan mereka pun keluar. Ketika mereka berjalan di suatu lorong, malaikat itu pun tiba-tiba meninggalkan Petrus.
11Pada saat itu barulah Petrus sedar apa yang telah terjadi. Dia berkata, ‘Sekarang tahulah aku bahawa segalanya benar-benar berlaku. Tuhan telah mengutus malaikat-Nya untuk menyelamatkan aku daripada Raja Herodes dan segala yang hendak dilakukan oleh orang Yahudi kepadaku.’
12Setelah itu, Petrus pergi ke rumah Maryam, ibu kepada Yahya yang bergelar Markus. Di situ ramai orang berhimpun dan sedang berdoa.
13Apabila Petrus mengetuk pintu, seorang perempuan bernama Rode datang ke pintu.
14Dia mengenali suara Petrus. Akan tetapi dia begitu sukacita hinggakan terus masuk semula tanpa membukakan pintu. Dia memberitahu bahawa Petrus ada di luar.
15‘Kamu gila!’ seru mereka, namun Rode beria-ia mengatakan orang yang di luar itu Petrus. Mereka berkata, ‘Tentu itu rohnya!’
16Petrus mengetuk pintu lagi berulang-ulang. Akhirnya mereka membukakan pintu dan tercengang apabila melihat Petrus.
17Petrus memberikan isyarat meminta mereka bertenang lalu mengisahkan betapa Tuhan telah mengeluarkannya dari penjara. Selepas itu Petrus berkata, ‘Khabarkanlah hal ini kepada Yakobus dan saudara-saudara lain.’ Kemudian dia pun pergi ke tempat lain.

Read Kisah Para Rasul 12Kisah Para Rasul 12
Compare Kisah Para Rasul 12:10-17Kisah Para Rasul 12:10-17