Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 10

Kisah Para Rasul 10:42-48

Help us?
Click on verse(s) to share them!
42Dia memerintah kami mengkhabarkan kepada semua orang dan memberikan kesaksian bahawa Dialah yang dijadikan Allah hakim ke atas orang hidup dan orang mati.
43Semua nabi bersaksi tentang-Nya bahawa setiap orang yang percaya kepada Isa akan diampunkan dosanya dengan nama-Nya.’
44Ketika Petrus sedang bercakap, Roh Suci turun dan memenuhi semua yang mendengar perkhabaran itu.
45Beberapa orang Yahudi yang percaya kepada Isa dan datang bersama Petrus dari Yope berasa hairan melihat Allah mencurahkan Roh Suci kepada orang bukan bani Israel juga.
46Mereka mendengar orang itu bertutur dalam aneka bahasa memuji Allah. Kemudian Petrus berkata,
47‘Lihatlah, mereka telah menerima Roh Suci seperti kita. Dapatkah sesiapa menghalang mereka diimadkan dengan air?’
48Petrus pun menyuruh mereka diimadkan dengan nama Isa al-Masih. Selepas itu mereka meminta Petrus tinggal dengan mereka beberapa hari.

Read Kisah Para Rasul 10Kisah Para Rasul 10
Compare Kisah Para Rasul 10:42-48Kisah Para Rasul 10:42-48