Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 10

Kisah Para Rasul 10:23-46

Help us?
Click on verse(s) to share them!
23Petrus mengajak ketiga-tiga orang itu masuk dan menumpang bermalam di rumah itu. Esoknya dia bangun lalu pergi bersama mereka; beberapa orang saudara seiman di Yope turut serta.
24Keesokan harinya mereka sampai di Kaisarea. Kornelius sedang menantikan kedatangan mereka, bersama semua kaum keluarga dan sahabat handai yang diajaknya berhimpun di situ.
25Apabila Petrus masuk, Kornelius mendapatkannya lalu sujud menyembah di kakinya;
26tetapi Petrus menariknya bangkit berdiri sambil berkata, ‘Bangkitlah; aku in pun seorang manusia juga.’
27Sambil bercakap dengan Kornelius, Petrus masuk ke dalam rumah itu dan melihat betapa ramainya orang yang berhimpun di situ.
28Petrus berkata kepada mereka, ‘Saudara-saudara sedia maklum bahawa orang Yahudi dilarang berhubung dengan orang bangsa lain atau mengunjungi mereka; tetapi Allah telah menyatakan kepadaku supaya jangan memandang sesiapapun sebagai haram atau najis.
29Oleh itu apabila aku dipanggil, aku terus datang tanpa teragak-agak. Sekarang aku bertanya kepadamu, apakah sebabnya aku dipanggil datang ke sini?’
30Kornelius berkata, ‘Empat hari lalu, kira-kira pukul tiga petang, aku sedang berdoa di rumah; tiba-tiba seorang berdiri di hadapanku, pakaiannya bersinar-sinar.
31Dia berkata, “Hai Kornelius! Segala doa dan sedekahmu telah diredai Allah.
32Suruhlah orang pergi ke Yope memanggil seorang bernama Simon bergelar Petrus. Dia menumpang di rumah Simon penyamak kulit, di tepi laut.”
33Aku terus menyuruhkan orang mendapatkanmu; kamu sungguh baik hati datang ke mari. Sekarang kami semua hadir di sini di hadapan Allah untuk mendengar segala perkara yang diperintahkan Tuhan kepadamu untuk disampaikan kepada kami.’
34Petrus pun berkata, ‘Sesungguhnya aku mengerti sekarang bahawa Allah tidak memilih kasih.
35Sesiapa yang takut akan Allah dan mengerjakan yang benar, tidak kira apa bangsanya, dialah yang diredai-Nya.
36Firman yang disampaikan Allah kepada bangsa Israel adalah firman yang mengkhabarkan kesejahteraan melalui Isa al-Masih, Junjungan semua manusia.
37Saudara-saudara tahu akan apa yang berlaku di seluruh tanah Yudea mulai dari Galilea, selepas pengimadan yang dikhabarkan oleh Yahya.
38Perkhabaran itu tentang Isa orang Nasaret, betapa Allah telah memilih-Nya sebagai al-Masih dan memberi-Nya Roh Suci serta kuasa. Dia telah pergi merata-rata membuat kebajikan dan menyembuhkan orang yang diseksa oleh Iblis, kerana Allah menyertai Isa.
39‘Kami ini menjadi saksi akan segala yang dilakukan-Nya di tanah orang Yahudi malah juga di Baitulmaqdis. Dia telah dibunuh dengan disalib;
40tetapi Allah membangkitkan-Nya pada hari yang ketiga serta memperlihatkan Dia;
41bukan kepada semua orang tetapi kepada kami yang telah dipilih oleh Allah sebagai saksi, kami yang semakan seminum dengan-Nya setelah Dia bangkit dari kalangan orang mati.
42Dia memerintah kami mengkhabarkan kepada semua orang dan memberikan kesaksian bahawa Dialah yang dijadikan Allah hakim ke atas orang hidup dan orang mati.
43Semua nabi bersaksi tentang-Nya bahawa setiap orang yang percaya kepada Isa akan diampunkan dosanya dengan nama-Nya.’
44Ketika Petrus sedang bercakap, Roh Suci turun dan memenuhi semua yang mendengar perkhabaran itu.
45Beberapa orang Yahudi yang percaya kepada Isa dan datang bersama Petrus dari Yope berasa hairan melihat Allah mencurahkan Roh Suci kepada orang bukan bani Israel juga.
46Mereka mendengar orang itu bertutur dalam aneka bahasa memuji Allah. Kemudian Petrus berkata,

Read Kisah Para Rasul 10Kisah Para Rasul 10
Compare Kisah Para Rasul 10:23-46Kisah Para Rasul 10:23-46